♠ Nilai Simbolik & Ekspresif ♠
Simbolik
Dalam permainan kikik, ia mempunyai tradisi peraturan permainan semulajadi dalam berpulut dimana masyarakat Brunei bersepakat menerima dan mengamalkan peraturan semulajadi tersebut, iaitu ;
♦kikik biasa tidak dipulutkan dengan kikik ikung siar, jalama(jelama) dan kapal terbang. Ini disebabkan kikik jenis tersebut merupakan kikik yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak.
♦jika dua ekor kikik sedang berpulut, pemain yang lain tidak boleh memotong atau menebangnya kecuali jika tidak dapat dielakkan.
♦kikik yang putus dan jatuh ke tanah disifatkan sudah menjadi hak milik sesiapa sahaja yang memungut kikik tersebut dulu
♦'menguntal' tali kikik yang putus adalah dibolehkan
♦tidak dibolehkan memungut kikik yang 'menyauk' tetapi dikehendaki 'menganjungnya' semula.
Jenis-jenis kikik juga membawa nilai disebalik corak yang dibuat oleh pembuat kikik. Setiap jenis nama kikik, mempunyai makna tersendiri dari segi pembuatan dan corak yang dihasilkan. 'Kikik Jelama' dinamakan dengan akhiran 'Jelama' adalah berdasarkan bentuk yang menyerupai seorang kanak-kanak.
Ekspresif
Dalam proses pembuatan kikik, pembuat kikik perlu mempunyai ilmu kemahiran dalam langkah-langkah pembuatan panah-panah kikik. Seperti dalam meraut temiang yang diperlukan , perlulah merautnya dengan penuh kehalusan dan penghayatan bagi menyeimbangkan dalam pembuatan proses panah-panah yang sudah siap. Bahkan, penyeimbangan dalam memberikan teraju amatlah penting selain rautan yang diolahkan.
Menurut informan pengkaji, dalam pembelajaran pembuatan kikik tidaklah amat susah dan memakan banyak waktu. Informan belajar proses pembuatan kikik melalui kaedah pemerhatian rakan informan yang mahir dalam pembuatan kikik. Seseorang yang belajar dalam pembuatan kikik sekurang-kurangnya hanya memakan waktu 6bulan hingga ke satu tahun dalam memantapkan kemahiran dalam proses pembuatan kikik.
Setelah proses panah-panah telah menjadi, masanya untuk membuat corak kikik. Dalam pembuatan corak kikik inilah, pembuat kikik mengekspresifkan kreativiti mereka untuk memperlihatkan keindahan kikik yang mereka buat. Corak yang sudah berhasil dibuat akan memberi kepuasan tersendiri bagi pembuat kikik. Selain daripada kepuasan yang dirasakan, pembuat kikik beroleh kemegahan waktu melayangkan kikik ke udara.