♠ Penggunaan Kikik ♠
Untuk bermain kikik,seseorang itu hendaklah menyediakan seekor kikik atau lebih, tali yang sudah digulung dan panjangnya tidak kurang daripada 500 ela dan tali yang bersalut dengan kaca tumbuk.
Kikik biasanya dimainkan pada tempat-tempat yang luas dan lapang (seperti pantai) dan sama sekali dilarang untuk bermain ditempat-tempat yang berhampiran dengan tiang-tiang lampu elektrik dan juga jalan raya atas dasar faktor keselamatan.
Terdapat dua cara permainan kikik. Ada yang bermain secara biasa iaitu membiarkan kikiknya terbang mengikut kehendak pemain. Ada pula dengan cara perlawanan yang dipanggil bapulut dan untuk bapulut (berlawan) bukan sahaja dimestikan ada benang yang bersalut dengan kaca tumbuk, bahkan juga pemain itu mestilah orang yang mahir terutama sekali ketika baturut.