♠ Pemasaran ♠
Pemasaran kikik masih lagi terdapat di Brunei. Terutamanya pada musim kikik atau pesta kikik iaitu pada sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menggalakkan di kalangan peminat kikik di negara ini.
Harga pemasaran kikik biasanya berharga 20 sen, 50 sen dan BND$1 bahkah ada yang mencapai sehingga BND$5 bergantung kepada saiz dan bentuk kikik tersebut. Tempat penjualan kikik lazimnya diadakan di tempat-tempat seperti pantai-pantai, terutamanya Pantai Tungku kerana Pesta Kikik biasanya diadakan di sana.
Selain daripada penjualan di tempat seperti pantai, kikik juga dijual di gerai-gerai perayaan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, penjualan kikik juga terdapat dikalangan pembuat kikik yang berdagang di rumah mereka seperti di Kampong Ayer kerana kebanyakkan orang yang mahir dalam pembuatan kikik.
Menurut informan pengkaji, pembeli kikik bukan sahaja terdiri daripada kalangan kanak-kanak tetapi juga dikalangan orang dewasa. Ditambah lagi, tempahan bagi pembuatan kikik bukan sahaja ditempah semasa musim atau festival kikik tetapi ianya juga ditempah waktu musim kanak-kanak bercuti sekolah. Ini disebabkan kanak-kanak merasa bermain kikik lebih seronok apabila banyaknya orang yang bermain akan banyaklah kikik yang melayang-layang di langit.Pendapatan informan dari tempahan yang diterima sama ada pada musim kikik atau musim cuti sekolah boleh mencapai BND$30 hingga ke BND$50.